Majlis Konvokesyen Pelajar Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan Di London | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Majlis Konvokesyen Pelajar Diploma Belia dalam Kerja Pembangunan di London

Majlis Konvokesyen Pelajar Diploma Belia dalam Kerja Pembangunan di London


Majlis Konvokesyen Pelajar Diploma Belia dalam Kerja Pembangunan di London.
LONDON, 6 Feb – Majlis konvokesyen pelajar Diploma Belia dalam Kerja Pembangunan (DBKP), Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) anjuran Sekretariat Komanwel di London semalam. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Penyelaras Program DBKP, Prof. Madya Dr Siti Rabaah Hamzah dan pegawai akademik berkaitan.
YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail berkata program DBKP adalah kerjasama bersama dan tajaan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor yang amat prihatin dan menyedari akan kepentingan pendidikan dan latihan kepada penggerak pembangunan belia khususnya di Selangor.
“Sejak 1999, UPM merupakan satu-satunya universiti di ASEAN yang diberi tanggungjawab oleh Sekretariat Komanwel untuk menawarkan program ini kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setara dengannya, khususnya belia yang mempunyai pengalaman bekerja antara tiga dan lima tahun,” katanya ketika Majlis Graduasi di Marlborough House.
Beliau berkata, program itu dijalankan dalam tempoh dua tahun di UPM bertujuan meningkatkan profesionalisme serta pembangunan belia berteraskan pembelajaran sepanjang hayat.
Selain itu, program ini juga bertujuan melahirkan graduan yang berpengetahuan dalam bidang teras pembangunan belia dan masyarakat, prinsip dan amalan kerja belia serta bekerja bersama komuniti dalam membangunkan golongan belia secara optimum.
Graduan daripada program ini menerima dua sijil, iaitu Diploma Belia dalam Kerja Pembangunan daripada UPM dan The Diploma in Youth Development Work daripada Commonwealth Youth Programme (CYP) London.
Diploma daripada CYP adalah sebagai tanda pengiktirafan antarabangsa ke atas kualiti graduan yang dikeluarkan oleh UPM.
Antara universiti di luar negara yang menawarkan program DBKP ialah Royal Melbourne Institute of Technology, Australia; University of Huddersfield, United Kingdom; Mahatma Ghandhi University, India; University of South Pacific; University of West Indies (UWI), dan University of South Africa, Afrika.

Tarikh Input: 09/02/2023 | Kemaskini: 09/02/2023 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXFSXAE~