Lawatan Sambil Belajar Ke Jabatan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia Di Putrajaya. | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Lawatan Sambil Belajar ke Jabatan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya.

Lawatan Sambil Belajar ke Jabatan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya.

May be an image of 15 people, sarong and text

SERDANG, 17 April 2023 - Baru-baru ini seramai 60 pelajar kursus Pengurusan Prestasi (DCE3606) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya.
Sesi lawatan ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pada sesi pagi dan sesi petang. Setiap sesi terdiri daripada 28-30 pelajar dan pensyarah iringan (Prof. Madya Dr. Nor Wahiza Abdul Wahat dan Dr. Mageswari Kunasegaran). Sesi pagi telah dikendalikan oleh Encik Mohamad Nor Arif bin Ghazali manakala bagi sesi petang diuruskan oleh Penolong Pengarah Bahagian Perusahan, Puan Farazeta binti Mohd Iani. Turut dibantu oleh pegawai lain ialah Puan Suriza binti Sulaiman dan Encik John Mark.
Pelajar didedahkan tentang akta dan peranan perusahaan perindustrian, pengurusan prestasi dan peranan indeks keharmonian perusahaan. Pendedahan tentang akta, masalah serta penyelesaian pertikaian perusahaan menambah ilmu baru kepada para pelajar tahun 3.
Indeks keharmonian perusahaan pula membuka minda pelajar bahawa kebajikan pekerja di sektor swasta sentiasa dilindungi dan dijamin oleh pihak Kementerian Sumber Manusia. Pelajar aktif semasa sesi soal jawab.
Program diakhiri dengan kata-kata semangat untuk pelajar serta pelawaan membuat latihan industri di Bahagian Perusahaan Perindustrian.
May be a selfie of 5 people

Tarikh Input: 30/04/2023 | Kemaskini: 30/04/2023 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXDdVAY~