Lawatan Delegasi Yayasan Johor Corporation (YJCorp) | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Lawatan Delegasi Yayasan Johor Corporation (YJCorp)

Lawatan Delegasi Yayasan Johor Corporation (YJCorp)

May be an image of 11 people, beanbag chair, office and textMay be an image of 4 people, headscarf and text

Serdang, 6 April 2023 - Delegasi Yayasan Johor Corporation (YJCorp) telah datang melawat ke Fakulti Pengajian Pendidikan bagi tujuan merangka kerjasama program di beberapa sekolah di Johor berkaitan STEM dan Teknologi Hijau dalam pertanian pintar. Rombongan delegasi disertai oleh Puan Rosita Md Ali, Pengurus Yayasan JCorp, Puan Norashikin Khamsani Eksekutif Kanan YJCorp, Puan Shamshah Baharani Hussein, SISC+ TVET, PPD Kota Tinggi, dan Junit Yasir, Penolong Pengarah TVET, JPN Johor.
Pihak pelawat telah disambut dan berdiskusi dengan Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Pendanaan, Prof. Madya Dr. Nor Aniza Ahmad berserta pasukan dari Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal, Dr. Nurzatulshima, Dr. Enio Kang, Dr. Arnida, Dr. Mohd Hazwan dan pegawai pelaksana unit STEM, Pertanian dan RBT dalam merangka pelan program dan projek kolaborasi pada masa akan datang. Rombongan juga dibawa melawat fasiliti dan mencuba teknologi dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran termasuk PUTRA Future Classroom, peralatan bahan bantu mengajar di makmal dan bengkel Komposit, Kimpalan, Pemesinan dan CNC.

Tarikh Input: 30/04/2023 | Kemaskini: 30/04/2023 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXDdTA0~