Syarat Kemasukan Pascasiswazah | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» AKADEMIK » PASCASISWAZAH » Syarat Kemasukan Pascasiswazah

Syarat Kemasukan Pascasiswazah

 

1. Master Pendidikan (M.Ed) dan 

  • Pemohon hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya, dengan PNGK minimum 2.75, seperti yang diterima oleh Senat HEP; ATAU

  • Pemohon hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya, dengan PNGK 2.50 dan tidak memenuhi PNGK 2.749, boleh diterima dengan syarat minimum tiga (3) tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan/lulus penilaian dalaman; ATAU

  • Pemohon hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya, dengan PNGK 2.00 dan tidak memenuhi PNGK 2.49, boleh diterima tertakluk kepada pengalaman kerja minimum lima (5) tahun dalam bidang berkaitan.

Calon yang tiada latar belakang pendidikan di peringkat Bacelor perlu mengambil kursus Prasyarat, EGS5905 Pendidikan dan Profesion Keguruan.

* Calon Master Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling yang tiada latar belakang Sains Sosial di peringkat Bacelor perlu mengambil kursus Sains Sosial.

 

2. Master Pembangunan Sumber Manusia (M.HRD)

  • Pemohon hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya, dengan PNGK minimum 2.75, seperti yang diterima oleh Senat HEP; ATAU

  • Pemohon hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya, dengan PNGK 2.50 dan tidak memenuhi PNGK 2.749, boleh diterima dengan syarat minimum tiga (3) tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan/lulus penilaian dalaman; ATAU

  • Pemohon hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya, dengan PNGK 2.00 dan tidak memenuhi PNGK 2.49, boleh diterima tertakluk kepada pengalaman kerja minimum lima (5) tahun dalam bidang berkaitan.

* Calon yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang/pengamalan kerja. perlu mengambil kursus prasyarat yang ditetapkan oleh fakulti

 
3. 
Master Sains (M.Sc) 

  • Pemohon hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya, dengan PNGK minimum 2.75, seperti yang diterima oleh Senat HEP; ATAU

  • Pemohon hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya, dengan PNGK 2.50 dan tidak memenuhi PNGK 2.749, boleh diterima dengan syarat minimum tiga (3) tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan/lulus penilaian dalaman; ATAU

  • Pemohon hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya, dengan PNGK 2.00 dan tidak memenuhi PNGK 2.49, boleh diterima tertakluk kepada pengalaman kerja minimum lima (5) tahun dalam bidang berkaitan.

 

4. Doktor Falsafah  (Ph.D) 

Pemohon mestilah memiliki: 

  • Ijazah Master atau setaraf dengannya dalam bidang berkaitan dengan bidang PhD yang dipohon;

  • Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.75 boleh diterima masuk bergantung kepada penilaian dalam yang rapi oleh fakulti

Kemasukan ke dalam program adalah tertakluk kepada keperluan lain yang ditentukan oleh Fakulti.

Calon yang memohon bagi program Bimbingan dan Kaunseling dan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) wajib lulus temuduga secara lisan dan ujian bertulis yang dijalankan oleh pihak fakulti.

 

TEMPOH MASA PENGAJIAN

Program Ijazah Master

Tempoh minimum dan masksimum pengajian adalah satu (1) tahun dan (3) tahun. Bagi mod sambilan, tempoh minimum dan maksimum pengajian adalah dua (2) tahun dan empat (4) tahun masing-masing.

Program Doktor Falsafah (Ph.D)

Tempoh minimum dan masksimum pengajian adalah dua(2) tahun dan lima (5) tahun. Bagi mod sambilan, tempoh minimum dan maksimum pengajian adalah empat (4) tahun dan enam (6) tahun masing-masing.

 

 

Kemaskini:: 15/03/2023 [mohdsafiee]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXCXHA5~