Latihan Mengajar Dan Internship | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» AKADEMIK » LATIHAN IKHTISAS » Latihan Mengajar Dan Internship

Latihan Mengajar Dan Internship

 

1.  Pengenalan


2. Borang Pendaftaran LMI  


3. Borang Soal Selidik Guru Pelatih


4. Borang Soal Selidik Tahap Kesediaan Guru Pelatih Untuk Menjalani Latihan Mengajar


5.  Borang Pencalonan Guru / Kaunselor Pembimbing 

 


MAKLUMAN PENTING KEPADA SEMUA PELAJAR YANG AKAN MENJALANI LMI

 

Tarikh LMI :


Kump. A    :      18/2/19 - 17/5/19

                  :      18/2/19 - 14/6/19 (pelajar BP (B&K)) 

Kump. B    :       6/5/19 - 9/8/19

 


  

MAKLUMAN PENTING KEPADA SEMUA PELAJAR YANG MENJALANI LMI

 

Dimaklumkan,  pelajar perlu membuat pembentangan dan menghantar laporan refleksi kendiri pada minggu ke 10 LMI semasa pembentangan di Fakulti Pengajian Pendidikan. Tarikh pembentangan seperti berikut:

 

Kumpulan A :    (4/5/19 - Sabtu)

kumpulan B :    (27/7/19 - Sabtu)

Masa pembentangan: 8.00 pg - 2.00 ptg

 

 

Diharapkan semua pelajar dapat mengambil maklum perkara di atas. 

 

Tentatif program pembentangan refleksi LMI 27/7/2019

 

Jadual pembentangan refleksi LMI kumpulan B

 

 

Perkara yang akan dinilai semasa pembentangan refleksi adalah seperti berikut (berdasarkan laporan penulisan refleksi):

 

  1.  Latar belakang aspek yang difokuskan.

  2.  Aktiviti utama yang dilaksanakan.

  3.  Pengalaman pembelajaran.

  4.  Cabaran/ kekangan.

  5.  Perkara penting yang diperoleh.

  6.  Cadangan dan rumusan.

  7.  Gaya persembahan.

  8.  Pakaian dan personaliti. 

 

 

**************************************************************

 

Perkara yang perlu dibuat sepanjang program pembentangan laporan refleksi.

 

 

Sebelum pembentangan bermula:

 

1.  Serahkan laporan penuh refleksi kendiri LMI dari minggu 1 hingga minggu ke 9 kepada penyelia major. 

 

2.  Pelajar wajib berada dalam bilik pembentangan sepanjang program berlangsung.

 

3.  Pelajar perlu mematuhi masa dan berdisiplin di sepanjang program.

 

 

Semasa pembentangan:

 

1.  Pelajar diberi masa 10 minit untuk membuat pembentangan.

 

2.  Paparan slaid antara 8 - 10 slaid sahaja.

 


 

 

PERHATIAN !!! 

 

Pelajar Kumpulan B akan tamat LMI pada 9 Ogos 2019.

 

Pastikan:

 

1.   Laporan Refleksi telah dikemaskini dan hantar semasa pembentangan refleksi (27/7/2019) kepada penyelia major masing-masing.

 

2.   Guru pembimbing anda telah menyelia/membimbing 2 kali untuk major dan 2 kali untuk minor.

 

(Semakan guru pembimbing):

Guru pembimbing MAJOR perlu hantar ke Urus Setia LMI, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM

  1. Dua borang penyeliaan yang telah diisi bagi bidang major
  2. 1 helai borang penilaian Sulit Sekolah (kuning)
  3. Borang berkarbon (pink) – 2 penyeliaan

 

Guru pembimbing MINOR perlu hantar ke Urus Setia LMI, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM

  1. Dua borang penyeliaan yang telah diisi bagi bidang minor
  2. 1 helai borang Penilaian Sulit Sekolah (kuning)
  3. Borang berkarbon (pink) – 2 penyeliaan

 

3.   Penyelia anda menyelia 2 kali untuk major dan 2 kali untuk minor.

 

4.   Borang kedatangan dan aktiviti kokurikulum LMI telah di tandatangan dan cop pengetua/pentadbir sekolah setiap minggu. Sila  hantar/pos ke Urus setia LMI selepas habis praktikal (1 minggu). Pastikan lengkap.

 

5.   Borang Akuan telah diserahkan kepada penyelia pertama yang hadir, lengkap bertandatangan. Sila ingatkan kepada penyelia anda supaya menyerahkan Borang Akuan kepada Urus Setia LMI.

 

6.   Borang Penilaian Sulit Sekolah (kuning) * (Kumpulan: __) telah dipos kepada pengetua sekolah. Sila rujuk pengetua/GPK (1) dan pos kepada unit LMI mengikut tarikh yang ditetapkan.

 

**  (Markah penilaian guru pembimbing dan markah penilaian sulit pengetua perlu dihantar semasa hari pembentangan refleksi  (27 Julai 2019).

 


 

Senarai guru pembimbing LMI.

 

Mohon para pelajar menyemak nama guru pembimbing masing-masing dan memberi maklum balas segera bagi yang masih belum memberi nama guru pembimbing yang diwarnakan kuning pada kotak nama guru pembimbing.

 

Selangor

 

Putrajaya

 

Kuala Lumpur

 

Negeri Sembilan

 


 Pelajar wajib membeli buku Persediaan Mengajar di kaunter Unit Latihan Mengajar, FPP dengan harga RM 26.00 sahaja. Sila sediakan wang secukupnya.

 


 

Sebarang pertanyaan sila hubungi: 


Pn. Shammizah Ahmad

email: shammizah@upm.edu.my

(Tel: 03-97698272)


Pn. Norhuda Ismail

email:  norhuda@upm.edu.my

(Tel:  03-97698116)

 

 

 

 

Kemaskini:: 08/08/2019 [shammizah]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
B1566672850