Latihan Industri | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» AKADEMIK » LATIHAN IKHTISAS » Latihan Industri

Latihan Industri

 

Dalam dunia hari ini, para graduan perlu mempunyai kompetensi dan kemahiran pekerjaan untuk mereka berdaya saing di pasaran pekerjaan. Memiliki ijazah tinggi sahaja tidak menjamin pekerjaan seseorang.  Sebaliknya, para graduan harus mempunyai pengetahuan yang relevan dan terkini, pengalaman praktikal, kemahiran insaniah serta sikap yang positif untuk melengkapkan mereka sebelum berdepan cabaran dunia kerjaya sebenar. Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program latihan industri diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Latihan industri memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya.

Program Latihan Industri memerlukan setiap pelajar untuk menjalani pengalaman praktikal dengan industri, organisasi kerajaan dan organisasi swasta. Program ini berlangsung selama dua puluh empat (24) minggu bagi semester kedua sesi akademik.

 

Maklumat Am

 


 

Sebarang pertanyaan sila hubungi: 


Pn. Nooriha Hussain

email: nooriha@upm.edu.my 

(Tel: 03-97698241)

 

Kemaskini:: 01/08/2019 [shammizah]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
B1566669718