Peperiksaan Komprehensif | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» AKADEMIK » PASCASISWAZAH » Peperiksaan Komprehensif

Peperiksaan Komprehensif

Peperiksaan Komprehensif (C.E)

Pelajar yang mengambil Ijazah Doktor Falsafah perlu mengambil Peperiksaan Komprehensif yang akan menguji pengetahuan pelajar dalam bidang yang dipilih, kemampuan mereka untuk mengintegrasi pengetahuan dalam penyelidikan dengan teori mengenai sesuatu isu yang utama dalam bidang yang dipilih. Peperiksaan Komprehensif juga bertujuan untuk menilai kefahaman mereka tentang reka bentuk penyelidikan yang bersesuaian dan juga metodologi yang akan digunakan.

1. Pelajar hanya dibenarkan untuk menduduki C.E setelah selesai segala kerja kursus yang diperlukan dalam lingkungan masa lima (5) semester atau dua tahun setengah (2½). Jika gagal, pelajar akan ditamatkan pengajiannya

2. Pelajar yang menukar pengajian Ijazah Sarjana Muda kepada pengajian Ijazah Doktor Falsafah perlu lulus ujian C.E dalam masa lingkungan tiga (3) semester atau satu tahun setengah (1 ½) selepas tarikh penukaran.

3. C.E perlu merangkumi kedua-dua ujian bertulis dan lisan, dan pelajar perlu lulus kedua-dua ujian dengan persamaan gred ‘B’.

4. Pelajar tidak dibenarkan untuk menduduki ujian lisan sehingga lulus ujian bertulis terlebih dahulu. Ujian lisan perlu diduduki tidak lebih daripada 30 hari selepas ujian bertulis.

5. Ujian-ujian perlu disediakan oleh jawatankuasa penyelia, atau jawatankuasa khas yang dilantik Fakulti.

6. Jika pelajar tidak dapat mengambil C.E dalam lingkungan masa yang ditetapkan disebabkan oleh masalah kesihatan atau lain-lain hal, pelajar dikehendaki memohon pelanjutan tempoh pengajian beserta dokumen yang berkaitan untuk pengesahan Dekan.

7. Pelajar diberikan dua (2) peluang untuk lulus ujian. Ujian kedua perlu diambil dalam lingkungan 60 hari selepas ujian yang pertama.Kegagalan untuk menduduki ujian kedua  akan membawa kepada pengguguran daripada pengajian, kecuali pelajar digalakkan menjalani penukaran program dari PhD ke Ijazah Master [Akta 26(i)].

Kemaskini:: 09/10/2017 [firdausmdjufry]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
B1566622621