INTERVIEW GUIDELINES USING ZOOM APPLICATIONS | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» ACADEMIC » NEW STUDENT INTERVIEW INFORMATION SESSION 2021/2022 » INTERVIEW GUIDELINES USING ZOOM APPLICATIONS

INTERVIEW GUIDELINES USING ZOOM APPLICATIONS

Untuk memastikan proses temu duga di atas talian berjalan dengan lancar, calon dikehendaki membuat persiapan berikut: 

 

Calon perlu mengemukakan semua salinan asal dokumen (MyKad, Sijil Peperiksaan SPM/STPM/Diploma/Asasi/Muet dan Sijil Kokurikulum) yang telah disahkan dalam bentuk imbasan (scanned) selewat-lewatnya 11 Julai 2021 jam 12:00 tengah hari ke alamat emel seperti di dalam surat tawaran.

 

  • Menyediakan peranti seperti komputer riba / desktop ATAU telefon pintar ATAU tablet. (Nota: Penggunaan komputer adalah digalakkan kerana dapat memberikan paparan yang lebih besar/ jelas).

 

  • Muat turun perisian "Aplikasi Zoom" yang telah dan dipasang (install) di peranti berkenaan. 

 

  • Mempunyai kamera web (boleh menggunakan kamera yang sedia terpasang di peranti masing-masing).

 .

  • Mempunyai mikrofon (boleh menggunakan mikrofon yang sedia ada di peranti masing-masing).

 

  • Memastikan mempunyai capaian internet yang stabil.

 

  •     Anda perlu memastikan untuk menjaga etika pemakaian semasa temu duga. Pakaian perlulah kemas dan formal. Pastikan persekitaran adalah kondusif (tiada bunyi bising keterlaluan, hanya calon yang dibenarkan semasa sesi temu duga). 
  •   Calon diminta untuk berada di dalam 'Meeting Room' yang telah ditetapkan sekurang-kurangnya 15 minit awal sebelum slot temu duga calon. Sesi temuduga akan berlangsung dalam tempoh 15-20 minit (bergantung kepada panel temu duga).
  •   ID dan Password untuk bilik maya temu duga (Aplikasi Zoom) akan diberi kepada calon melalui sistem khidmat pesanan ringkas "SMS'/laman web/group facebook selewat-lewatnya sehari sebelum hari temu duga.

 

Updated:: 10/07/2021 [mohdsyafiq]

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
BUJXCAm~