Kata Aluan Dekan | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» MENGENAI KAMI » Dari Meja Dekan » Kata Aluan Dekan

Kata Aluan Dekan

Selamat datang ke laman sesawang Fakulti Pengajian Pendidikan. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mencoret aluan di dalam ruangan ini dalam laman sesawang Fakulti. Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) ditubuhkan pada 15 Januari 1975. Pada awal penubuhannya, FPP dikenali sebagai Fakulti Perkhidmatan Pendidikan selaras dengan fungsi utama Fakulti pada ketika itu. Selari dengan perkembangan semasa, FPP telah banyak mengalami perubahan sama ada dari segi fizikal mahupun struktur akademik, siswazah, penyelidikan , perkhidmatan profesional. Matlamat utama fakulti untuk melahirkan pendidik yang berkaliber dan berwibawa di samping eksekutif yang berketrampilan dan proseional di dalam pembangunan sumber manusia bersesuaian dengan misi dan visi Fakulti untuk menerajui penerokaan ilmu dan kemahiran yang menyumbang kepada kemajuan dalam bidang pendidikan dan pembangunan sumber manusia yang bereputasi antarabangsa. Saya berharap laman sesawang ini dapat membantu semua pihak yang berkepentingan untuk memperolehi maklumat yang jitu, jelas dan pantas bersesuaian dengan ledakan dunia teknologi maklumat tanpa sempadan. Saya mengucapkan terima kasih pada semua pihak yang terlibat dalam penyediaan kandungan laman sesawang ini dan harap ianya akan terus dinamik sejajar dengan hala tuju UPM dan FPP khasnya. Selamat melayari laman sesawang ini.

Terima kasih.


PROFESOR DR. AIDA SURAYA MD. YUNUS

 


Kemaskini:: 10/08/2016 [nazreenp]

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
B1566636830