The 5th International Conference On Educational Research And Practice 2019 (ICERP 2019) | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » The 5th International Conference on Educational Research and Practice 2019 (ICERP 2019)

The 5th International Conference on Educational Research and Practice 2019 (ICERP 2019)

Fakulti Pengajian Pendidikan UPM anjur International Conference On Educational Research And Practice 2019 (ICERP 2019)

SERDANG – Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan International Conference On Educational Research And Practice 2019 (ICERP 2019) ke-5 bertema kan ‘Educating the Digital Society: Integrating Humanistic and Scientific Values’ pada 22 dan 23 Oktober 2019 di Hotel Palm Garden, Putrajaya.

Perasmian ICERP 2019 telah disempurnakan oleh Prof Dato’ Dr. Mohd Fauzi Mohd Zin, Pengarah Bahagian  Kecemerlangan Penyelidikan IPT yang mewakili YBhg. Dato' Dr. Mohd Ghazali Abas, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, pengucap utama yang telah berkongsi maklumat adalah Profesor Dr. Hasni bin Mohammed Al-Haj, Ketua Eksekutif Sekolah Islam ADNI, Profesor Dr. Lim Cer Ping dari The Education University of Hong Kong, Profesor Dr. Thomas  Garavan, dari Edinburgh Napier University dan Profesor Dr. Ping Xiang dari Department of Health and Kinesiology, Texas A & M University. Seramai 141 orang peserta telah membentangkan kertas kerja dalam konferens ini yang terdiri daripada pelbagai negara selain Malaysia seperti Indonesia,  Nigeria,  dan Sri Langka. 

Konferensi ini merupakan satu usaha untuk membentuk jaringan kerjasama penyelidikan dalam kalangan sarjana, penyelidik dan pembuat dasar di peringkat sektor awam dan swasta, serta nasional dan antarabangsa. Penyertaan telah dibuka kepada semua pengamal bidang pendidikan dan pembangunan sumber manusia. Semua peserta ICERP 2019 telah menjadi alumni ICERP dan akan mendapat keistimewaan bagi penyertaan dalam ICERP 2021.

 

Date of Input: 24/10/2019 | Updated: 24/10/2019 | asyrafamin

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXDdNAG~