Program Farmtastic Agrobazar Latih Pelajar Kemahiran Keusahawanan Pertanian | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» NEWS » Program Farmtastic Agrobazar latih pelajar kemahiran keusahawanan pertanian

Program Farmtastic Agrobazar latih pelajar kemahiran keusahawanan pertanian


SERDANG, 27 Mei – Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program Farmtastic Agrobazar bagi melatih pelajar UPM untuk mahir dalam bidang keusahawanan pertanian.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin berkata program itu membolehkan pelajar menonjolkan idea serta kebolehan mereka dalam menguruskan perniagaan berteraskan keusahawanan pertanian.

“Selain itu, pelajar akan mempelajari cara berkomunikasi dengan baik serta meningkatkan kemahiran perundingan untuk berjaya dalam sektor perniagaan,” katanya di sini.

Pengarah program, Hazeem Mohamad Desa berkata program itu memberi peluang kepada pelajar Bacelor Pendidikan Sains Pertanian, FPP, UPM untuk menjual produk pertanian yang mereka hasilkan sendiri seperti sayur-sayuran dan penternakan ayam.

soaibasimiran

“Program tahunan yang dikendalikan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan ini memberi impak kepada pelajar mahupun universiti,” katanya.

 

Sementara itu, pelajar Fatihin Ismail, 23, berkata sebagai seorang pelajar yang mengambil subjek agro teknologi, program tersebut dapat mengaplikasikan segala pembelajarannya.

 

“Sebelum ini saya tidak mempunyai pengalaman untuk menanam jagung dengan hasil titik peluh sendiri. Ini meyakinkan saya untuk lebih serius menceburi bidang keusahawanan sebagai karier masa depan,” katanya.

 

Bagi Muhammad Hasnul Hisham, 23, berkata program tersebut harus diteruskan kerana dapat melatih pelajar bertani dan meniaga sendiri.

 

“Ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengurusan perniagaan dan menjana pendapatan pelajar untuk menyara kehidupan serta menampilkan cetusan kreativiti pelajar,” katanya. - UPM


Updated:: [mohdsyawal]

MEDIA SHARING

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389468210
0389480119
C1506378472