Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) UPM Mengadakan Lawatan Rasmi Ke Pusat Pengajian Islam Oxford, Bincang Peluang Kerjasama Dalam Akademik Dan Penyelidikan | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Pengajian Islam Oxford, bincang peluang kerjasama dalam akademik dan penyelidikan

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Pengajian Islam Oxford, bincang peluang kerjasama dalam akademik dan penyelidikan


Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Pengajian Islam Oxford, bincang peluang kerjasama dalam akademik dan penyelidikan
LONDON, 9 Februari - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Pengajian Islam Oxford bagi membincangkan peluang kerjasama dalam akademik dan penyelidikan yang dihadiri oleh Timbalan Pendaftar Pusat Pengajian Islam Oxford, Richard Weyers.
Beliau menyifatkan lawatan itu adalah permulaan kepada hubungan kerjasama akademik dan pengantarabangsaan yang lebih erat serta menepati sasaran yang ditetapkan dengan mencapai persefahaman dan komitmen positif yang diberikan oleh Pusat Pengajian Islam Oxford.
“Ini merupakan usaha universiti dalam meningkatkan keberhasilan akademik dan penyelidikan serta membuka peluang kepada staf serta pelajar UPM untuk mengikuti program latihan sangkutan di sini,” katanya.
Delegasi UPM turut menandatangani Surat Niat (LOI) selepas perjumpaan dengan pegawai Pusat Pengajian Islam Oxford dan lawatan sekitar pusat pengajian tersebut.
YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif turut menyatakan hasrat menjemput pengurusan Pusat Pengajian Islam Oxford bagi lawatan balas kerjasama dengan UPM.
Lawatan dan hasrat kerjasama ini sejajar dengan Matlamat 1, Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang.
Turut hadir, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), UPM , Prof. Madya Dr. Siti Raba’ah Hamzah dan Pensyarah Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, FPP, UPM, Prof. Dr. Abdul Lateef Abdullah@Steven Eric Kraus.

Tarikh Input: 20/02/2023 | Kemaskini: 20/02/2023 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXDdUA5~