Program Khidmat Komuniti Ke Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kajang | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Program Khidmat Komuniti ke Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kajang

Program Khidmat Komuniti ke Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kajang

SERDANG, 13 Januari 2023 - Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pendanaan) (TDPIP) telah menjalankan Program Khidmat Komuniti ke Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kajang. Program ini melibatkan penyertaan daripada 7 orang kakitangan, 40 pelajar dan 79 penghuni Pusat Jagaan Al Fikrah.
Antara aktiviti yang dijalankan di Pusat Jagaan tersebut adalah menyantuni penghuni dengan membersihkan bilik, memperkemas diri dan sesi ‘Heart to heart talk’ bersama penghuni di sana.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada staf dan pelajar merumuskan konsep pembangunan komuniti daripada perspektif Islam disamping mempraktikkan kemahiran dan melaksanakan peranan kepemimpinan dalam komuniti.
Ia juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenai persekitaran kerja sebenar dengan menghubungkait unsur dan nilai penting dalam pembangunan komuniti.
May be an image of one or more people, people standing and text that says 'BERSAMA PERSATUAN PENGHUNI RUM GRAM ZIARAH KASIH JAGAAN AL FIKRAH & MESYUARAT AGUN RANTAUAN ANAK BALING (PAB) ANJURAN TAUANANAK BALING& TKBINASMBD PER'
May be an image of 9 people, people standing, headscarf and indoor

Tarikh Input: 31/01/2023 | Kemaskini: 31/01/2023 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEUEA6~