Program Karnival Semarak Tani Di Kolej Vokasional (Pertanian) | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Program Karnival Semarak Tani di Kolej Vokasional (Pertanian)

Program Karnival Semarak Tani di Kolej Vokasional (Pertanian)

13 Nov 2019, KV(P) Teluk Intan- Delegasi dari Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) UPM yang diketuai oleh Dr. Nurzatulshima Kamarudin telah terlibat dalam Program Karnival Semarak Tani di Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan, Perak pada 11 dan 12 November 2019. Turut serta adalah Dr. Enio Kang Mohd Sufian Kang, Pn. Nurul Norzakiah Mohd. Nasir, Cik Ashana Shafie, Cik Siti Rahayu Ghafar, En. Ajarudin Yusof serta seorang alumni BPSP Cik Hani Nadhirah. Aktiviti yang dijalankan adalah bengkel Teknologi Hijau dalam Pertanian,  Inovasi dan Pertanian Lestari ke Arah Sekuriti Makanan serta  pameran dan jualan produk pertanian hijau. Peranan FPP UPM dalam kecemerlangan pendidikan sains pertanian di Malaysia dapat dikongsi dlm penyertaan kali ini.

 

 

Tarikh Input: 15/11/2019 | Kemaskini: 15/11/2019 | asyrafamin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXDdXAH~