Pembentangan Pencapaian KPI 2022 FPP | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Pembentangan Pencapaian KPI 2022 FPP

Pembentangan Pencapaian KPI 2022 FPP

Serdang, 6 Disember 2022 - Fakulti Pengajian Pendidikan telah mengadakan Pembentangan Pencapaian KPI 2022 FPP pada 6 Disember 2022 (Jumaat), jam 2:45 petang di Auditorium, Fakulti Pengajian Pendidikan.
Pembentangan KPI ini melihat pencapaian Pelan Strategik FPP 2021-2025 yang dibangunkan sebagai usaha untuk menyokong Pelan Strategik UPM 2021-2025 (PSUPM) iaitu meneruskan legasi kecemerlangan UPM sebagai kesinambungan kepada Pelan Strategik 2014-2020. Pelan ini menzahirkan komitmen berterusan FPP dalam memastikan sokongan kepada UPM untuk sentiasa mempunyai daya saing yang tinggi dalam menawarkan perkhidmatan pengajian tinggi pada peringkat tempatan dan juga antarabangsa.
Pembentangan oleh Prof. Madya Dr Soaib Asimiran, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan ini telah dihadiri oleh Pengurusan Fakulti, Pegawai Akademik dan Pegawai Pelaksana.

May be an image of 1 person, sitting and standing

Tarikh Input: 31/01/2023 | Kemaskini: 31/01/2023 | mohdsyafiq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXEUQAZ~