Serdang, 19 Januari 2023 - Seramai lima (5) orang pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan telah menerima komputer riba dari syarikat Fomema IOT Sdn. Bhd.
Majlis penyerahan ringkas telah disempurnakan oleh Encik Mohd Azrin bin Hassan, Pengurus Besar Fomema IOT Sdn. Bhd. di Fakulti Pengajian Pendidikan kepada lima orang pelajar yang memerlukan dengan dihadiri oleh PM Dr Abu Bakar Razali, Timbalan Dekan (Akademik, Pelajar dan Alumni) dan ketua jabatan berkaitan. Fakulti Pengajian Pendidikan amat berbesar hati di atas CSR ini.
Tarikh Input: 31/01/2023 |
Kemaskini: 31/01/2023 | mohdsyafiq
PERKONGSIAN MEDIA