Majlis Penyampaian Hadiah Graduan Cemerlang Fakulti Pengajian Pendidikan 2019 | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Majlis Penyampaian Hadiah Graduan Cemerlang Fakulti Pengajian Pendidikan 2019

Majlis Penyampaian Hadiah Graduan Cemerlang Fakulti Pengajian Pendidikan 2019

Serdang, 19 November 2019 – Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Graduan Cemerlang Fakulti Pengajian Pendidikan 2019 di Auditorium 2 FPP bagi meraikan mahasiswa yang bergraduat di mana graduan menunjukkan prestasi yang baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang sepanjang pengajian. Pada tahun ini, Fakulti telah menganugerahkan tiga belas (13) anugerah graduan terbaik di samping sembilan belas (19) anugerah khas kepada graduan fakulti yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang masing-masing sekaligus telah mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa. Fakulti juga turut berbangga dengan kejayaan dua graduan yang memenangi Hadiah Pelajar Universiti sempena Majlis Konvokesyen UPM kali ke 43 bagi Pingat Emas Yayasan Pak Rashid dan Hadiah Pingat Razlan Putra.

Tarikh Input: 20/11/2019 | Kemaskini: 20/11/2019 | asyrafamin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXDcWAQ~