Majlis Pelancaran PUTRA Future Classroom (PFC) | FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
» BERITA » Majlis Pelancaran PUTRA Future Classroom (PFC)

Majlis Pelancaran PUTRA Future Classroom (PFC)

SERDANG: YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia menyempurnakan Majlis Pelancaran Putra Future Classroom (PFC) di Universiti Putra Malaysia (UPM) yamg dirasmikan pada 5 Mac 2019.

YB Dr. Maszlee dalam ucapannya berkata, dengan adanya integrasi teknologi dalam persekitaran pembelajaran atau ekosistem yang kondusif, jurang dapat didekatkan serta kompleksiti dapat ditangani dan dihuraikan agar perbezaan masing-masing dapat difahami.

"Saya dimaklumkan, PFC telah terlebih dahulu menyahut seruan saya dalam perutusan 2019, menyahut dengan erti kata menjadikan beberapa inisiatif mereka relevan dengan hasrat kementerian, dalam beberapa bentuk solusi dan inovasi pendidikan yang akan dilancarkan pada petang ini."

PFC yang bermotokan "Technology Enhanced Talaqqi" menggunakan pendekatan pembelajaran dan pengajaran terkini interaktif, teradun dan mengambil peluang aplikasi teknologi canggih mudah alih.

Ia dihasilkan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.

Dalam pada itu, YB Dr. Maszlee turut menggalakkan ciptaan lebih banyak aplikasi yang menarik dan boleh diakses oleh semua untuk pembelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan juga Matematik.

 

Tarikh Input: 06/05/2019 | Kemaskini: 07/05/2019 | asyrafamin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698210
-
SXETOAR~