Kelab Kebajikan Dan Rekreasi FPP | FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
» ABOUT US » Kelab Kebajikan dan Rekreasi FPP

Kelab Kebajikan dan Rekreasi FPP

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BIRO

KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI SESI 2016/2018

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

 

 

NO

BIRO

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1

Kebajikan dan Kerohanian

 

i.    Dr. Fathiyah bt Mohd Fakhruddin

ii.   Dr. Mohd Mokhtar Muhamad

iii.  Cik Radziah Johan

iv.  En Samsuhaimi Suboh

·         Merancang dan melaksana aktiviti kerohanian seperti ceramah agama, usrah dan seumpamanya yang dapat membimbing akidah, jati diri, dan budaya kerja warga FPP.

 

·         Merancang dan melaksana aktiviti kebajikan seperti lawatan, ziarah, dan santuni warga FPP.

 

·         Peka dan cakna terhadap warga FPP yang tidak bernasib baik seperti hal kematian, kemalangan, bencana alam dan lain-lain. Kenal pasti jika mereka memerlukan sumbangan atau bantuan segera. Menghantar ucapan takziah dan simpati.

 

·         Peka dan cakna terhadap warga FPP yang menerima berita baik seperti kelahiran, perkahwinan, anugerah, hadiah, ulang tahun kelahiran, dan lain-lain. Menghantar ucapan tahniah dan penghargaan.

2

Sukan dan Rekreasi

 

i.    Dr. Tengku Fadilah Tengku Kamalden

ii.   En. Mohd Ridzuan Adnan

iii.  Cik Wan Noorhazimah Wan Nawi

·         Merancang dan melaksana aktiviti dan program sukan yang sesuai seperti pertandingan, latihan, bengkel, dan lain-lain untuk manfaat warga FPP.

 

·         Merancang dan melaksana aktiviti dan program riadah yang santai dan sesuai seperti senaman, lawatan, jelajah, dan lain-lain untuk manfaat warga FPP.

3

Publisiti, Promosi dan Tugas-Tugas Khas

 

i.    Dr. Mohd Mursyid Arshad

ii.   En. Shahrul Raziz Shaharil

iii.  Pn. Rafidah Ahmad

iv.  En. Ahmad Hakhimi Harun

·         Merancang dan membuat hebahan serta promosi aktiviti dan program kelab melalui emel, media sosial, surat menyurat dan kemas kini maklumat kelab di papan kenyataan kelab yang disediakan.

 

·         Merancang dan menyediakan brosur/ pamplet aktiviti dan program kelab.

 

·         Menghubungi pihak penaja, pihak Coscom, dan jemputan pihak luar jika berkaitan dan diperlukan.

 

·         Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan untuk menyokong pelaksanaan aktiviti dan program biro-biro lain.

4

Dokumentasi dan Fotografi

 

i.    Dr. Muhd Khaizer Omar

ii.   Dr. Lilliati Ismail

iii.  En. Muhammad Safuan Yusuf

iv.  Cik Ashana Saffie

·         Mengambil gambar, merakam video dan semua jenis bahan digital yang berkaitan dengan aktiviti dan program kelab.

 

·         Mengumpul  dan menyimpan gambar, video, bahan secara bercetak dan digital yang berkaitan dengan aktiviti dan program kelab.

 

·         Menyedia laporan aktiviti kelab.

 

·         Merancang dan menyediakan buletin/ majalah kelab (berkala seperti setiap 3 bulan) untuk edaran digital dan cetakan terhad fakulti.

Updated:: 14/08/2017 [nad_kamaruddin]

MEDIA SHARING

C1506455513